HAFIDZLOG

RUMI – Dan Aku Kolek Hot Wheels

Sunday

16

July 2017

0

COMMENTS

Hot Wheels – 17 Nissan GT-R (R35)

Written by , Posted in 17 nissan gt-r r35, hotwheels

Salam.

Untuk entri post kali ini aku nak share kan casting terbaru Hot Wheels bagi tahun 2017 iaitu ’17 Nissan GT-R (R35). Ya Jenama NISSAN lagi! Sebenarnya memang banyak casting jenama kereta lain yang aku ada. Tapi itulah korang tunggu saja lah entri seterusnya.

Maaf lah aku tak dapat nak update blog seberapa kerap. DUA BULAN sebelum ini yang SANGAT SIBUK! Aku cuba target update blog dalam seminggu sekali. Cuba lah ya!

Orait, ’17 Nissan GT-R (R35) antara model yang di tunggu-tunggu oleh para semua kolektor Hot Wheels @ collector secara Am nya dan sudah tentu secara khususnya oleh Aku 😆 Dan untuk rujukan korang, model ’17 Nissan GT-R (R35) ni boleh di dapati dalam rilisan Hot Wheels Case M 2017.

Sebelum aku review lebih lanjut, seperti biasa aku berikan beberapa info details tentang ’17 Nissan GT-R (R35)

Born: 2017
Birthplace: Tochigi, Japan
Designer: Nissan
Specialty: Raising the bar on premium. while delivering mind-blowing performance. the ’17 Nissan GT-R (R35) offers a twin-turbo V6. 565-HP engine that has been skillfully crafted using hand-selected materials. Slicing up the streets and dominating the track has never looked better.

Info Details Hot Wheels ’17 Nissan GT-R (R35) First Edition / New Casting 2017

Hot Wheels Model: 17 Nissan GT-R (R35)
Designer: Ryu Asada
Debut Series: Nightburnez
Color: Orange
Tampo: Detailed head- & taillights
Base Color: Black / Plastic
Interior Color: Black
Window Color: Clear
Wheel Type: Dark Grey J5

Sumber: Hot Wheels Wikia Page

Sedikit info, sebelum ini Hot Wheels pernah keluarkan model R35 ini dengan nama 2009 Nissan GT-R pada tahun 2009. Ya ia juga di beri panggilan Nissan GT-R R35! Korang boleh refer pada gambar di bawah ini perbezaan antara 2009 Nissan GT-R dan 17 Nissan GT-R (R35)

*Nanti aku upload gambar. Lupa nak snap haha*

Ada apa dengan 17 Nissan GT-R (R35)?
Sudah PASTI di sebabkan ianya casting baru / new model bagi tahun 2017! Atau erti kata lain Edisi Pertama / First Edition. Jadi ini adalah peluang untuk aku dan korang semua yang meminati model-model kereta Jepun / Japan untuk collect. Maklumlah selain korang yang selalu mengeluh tentang HARGA MARKET previous model-model kereta Jepun keluaran Hot Wheels, aku pun SAMA JUGA mengeluh. Jadi peluang yang ada ini ada bagus untuk start collect. Ye lah Nissan GTR tu oiii!!!

Untuk First Edition, pilihan warna Orange body 17 Nissan GT-R (R35) boleh dikatakan agak menarik dan TEPAT. Details pada tempo “head dan taillights” memang sesuai untuk rilisan edisi pertama ini. Manakala dari segi color window, base dan interior boleh dikatakan sudah melengkapi / complete antara satu sama lain menjadikan17 Nissan GT-R (R35) satu model yang SEMPURNA.

Cuma aku agak kurang gemar penggunaan tayar / Wheel Type Dark Grey J5. Aku prefer wheels type PR5 atau 10SP. Tapi ini hanya sekadar pandangan sahaja. Karang kena custom sendiri bukannya aku MAHIR sangat. Hanya untuk sedap aku MELIHAT saja.

Berapa nilai harga pasaran untuk 17 Nissan GT-R (R35)?
Kalau korang pergi ke peg’s pada ketika dan waktu ini, harganya RM7.90 SAHAJA. Tapi untuk dapat jumpa 17 Nissan GT-R (R35)  yang tergantung di peg’s mungkin salah satu misi hunting yang MUSTAHIL. Hanya berbekal kan sedikit NASIB BAEK ataupun YAKIN ada REZEKI untuk kita PASTI kita boleh dapatkannya. Tapi itulah selalunya memang SAKIT HATI SAHAJA LAH bila ke peg’s. Lagi-lagi manager dan staff-staff TRU / Teskok / Jasko tempat korang yang memang SUKA SEMBUNYIKAN case / kotak Hot Wheels yang BARU SAMPAI. Yup aku lah yang SELALU MENYIRAP. Tak pasti lah korang pula macam mana. Faham dan hadamkan saja lah ya!

Tapi tak mengapa, bukan nya tiada alternatif yang lain. Salah satu cara aku beli dan dapatkan dengan seller-seller yang jual online Sekarang ini pun banyak pilihan. Apa yang penting buatlah pilihan dengan membeli secara BIJAK. Jangan jadi macam Aku dah terlebih beli. Jauh BEZA dari harga peg’s. Tak SABAR punya pasal. Cuma untuk model seperti ini kita standby sahaja lah duit yang MENCUKUPI. Paling penting jangan menyesal sahaja lepas buat pembelian.

Orait, selamat mencari casting 17 Nissan GT-R (R35). Selamat mengumpul. Selamat hunting dengan selamat. Oh ya color kedua pun akan keluar / release selepas ini. Jadi standby saja lah kita sebagai Pengumpul Hot Wheels!

Macam biasa tunggu entri casting seterusnya ya!

Trimas 😉

Writer / CEO / Hot Wheels Collectors

Seorang Collector / Pengumpul Kereta Mainan jenama Hot Wheels. Adakalanya Matcbox. Dan kadang-kadang Tomica serta segalanya brand yang ada.

Menulis dan review segala apa tentang diecast koleksi beliau. Serta berkongsi cerita 1001 malam tentang scene diecast di Malaysia mahupun seluruh negara.

(Visited 121 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge