HAFIDZLOG

RUMI – Dan Aku Kolek Hot Wheels

Saturday

6

May 2017

1

COMMENTS

Hot Wheels – Nissan Skyline

Written by , Posted in hotwheels, nissan skyline

Salam.

Selesai sudah untuk entry PENGENALAN tentang Hot Wheels. Kalau korang ada comment, pendapat dan cadangan boleh kongsikan di ruangan comment ya!

Jadi entri seterusnya tiba masa untuk aku share kan semua koleksi-koleksi Hot Wheels yang aku collect. Kalau ikutkan aku nak share “my first hot wheels cars”. Tapi aku sendiri macam tak berapa nak ingat model yang mana. Macam kereta Batman kalau tak silap iaitu Batmobile atau Mitsubishi Lancer Evolution. Seriously aku memang tak ingat mana yang first. Tapi itu permulaan yang tak berapa best kalau aku nak sharekan sebab masa tu aku baru lagi TERJEBAK kolek Hot Wheels. Kira istilah nya MAIN HENTAM. Tapi tak mengapa.

Alright untuk collection model Hot Wheels yang first @ PERTAMA yang aku  FOKUS untuk collect adalah Nissan Skyline GT-R (R32). Ya model Skyline GT-R (R32) keluaran daripada Nissan Motor antara model kereta buatan Jepun a.k.a Japanese Car yang SANGAT-SANGAT LEJEN (kot) buat pengemar kereta. Dan aku pasti korang pun tau di mana Model Nissan Skyline sememangnya banyak mengikut series dan tahun demi tahun pelbagai modification dan upgrading daripada Nissan. Ya dan sama seperti Hot Wheels juga memainkan peranan untuk mengeluarkan production model diecast untuk Nissan Skyline juga!

Sedikit info mengenai Nissan Skyline GT-R (R32)

Born: 1990
Birthplace: Chuo-ku, Tokyo, Japan
Designer: Nissan
Specialty: Customized with a wide body kit, rear wing and lowered stance, this turbocharged Japanese monster was made to take on the world!

Details Info Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) First Edition:

Hot Wheels Model: Nissan Skyline
Designer: Alec Tam
Debut Series: 2002 First Edition
Color: Metallic Dark Blue
Tampo: Black, White, Silver & Red
Base Color: Black / Plastic
Interior Color: Black
Window Color: Clear
Wheel Type: 5SP

Sumber: Hot Wheels Wikia Page

Kenapa Nissan Skyline?
Sebab keta Jepun Lah! Itu kalau jawapan klise Collector Hot Wheels yang “gila” JDM a.k.a Japanese Domestic Market macam aku, heh 😉 Seriously Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) antara casting yang BANYAK series. Lihat saja untuk keluaran first edition, pada tahun 2002! Sudah pasti BANYAK series yang di keluarkan hingga tahun ini.

Untuk model Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) ini antara casting yang  aku WAJIB dapatkan / collect SEMUA series keluaran. Untuk rekod keluaran casting Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) sudah SEBANYAK  DUA PULUH KE ATAS! Bila dah banyak series keluaran sudah pasti memang CUN kalau di simpan atau untuk show off collection.

Lagipun details dan design Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32)  memang sangat Cun. Korang boleh tengok pada gambar yang aku post pada entri ini. Cuma untuk series first edition ini wheels type jenis 5sp sahaja yang kurang menarik. Tapi tak mengapa Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32)  series first edition ada variant / variasi wheels type. Ayat yang kolektor hot wheels panggil bahasa mudahnya adalah “variant rim”. Untuk gambar koleksi rim variant tunggu entri yang akan datang ya~

Buat masa ini collection Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32)  First Edition aku ada yang carded SAHAJA. Aku masih “sayang lagi” untuk “loosekan” (keluar kan dari carded Hot Wheels). Tunggu bila aku ada extra lagi satu, confirm aku loose kan haha 😆

Berapa nilai harga pasaran untuk Nissan Skyline?
Ok aku straight to the point terus, harga untuk sebiji Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) bagi series First Edition ada RM40.00 Tapi itu pun cerita nya DUA TAHUN YANG LEPAS. Aku tak pasti sama ada MAHAL atau MURAH untuk nilai tersebut. Maklumlah korang boleh buat research pergi sendiri di peg’s (Jusco, Giant, Tesco, 7 Eleven, Speedmart99 dan lain-lain) untuk tengok harga Hot Wheels Mainline, confirm korang TERKEJUT! Tapi korang juga boleh buat research / survey harga di Ebay. Di mana harganya lagi MENINGGAL. Begitulah realitinya…

Dan kalau korang seorang yang SANGAT BERSABAR dan TABAH boleh melalui pelbagai rintangan aku cadangkan untuk korang collect model skyline ni.

Aku sendiri pun masih lagi BERUSAHA untuk complete / lengkapkan collection Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32). Selagi belum complete selagi tu aku akan TERUSKAN. Serious MEMANG TAK MUDAH untuk aku collect. Hanya MASA dan WANG sahaja yang akan menentukan berapa lama tempoh untuk aku complete kan Nissan Skyline GT-R (R32). Maklumlah belum sampai 10 TAHUN dalam Hobby collecting Hot Wheels. Tapi kalau dah 10 Tahun masih tak complete koleksi Nissan Skyline lagi senang cerita memang BELUM ADA REZEKI LAGI lah. Bagi aku apa yang penting “passion of collecting“. Itu sahaja.

So itu sahaja untuk Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) First Edition Series. Korang tunggu untuk entri seterusnya untuk koleksi Hot Wheels aku yang lain 😎

Trimas 😀

Writer / CEO / Hot Wheels Collectors

Seorang Collector / Pengumpul Kereta Mainan jenama Hot Wheels. Adakalanya Matcbox. Dan kadang-kadang Tomica serta segalanya brand yang ada.

Menulis dan review segala apa tentang diecast koleksi beliau. Serta berkongsi cerita 1001 malam tentang scene diecast di Malaysia mahupun seluruh negara.

(Visited 301 times, 2 visits today)

1 Comment

  1. zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge