HAFIDZLOG

RUMI – Dan Aku Kolek Hot Wheels

Monday

20

March 2017

1

COMMENTS

Hot Wheels

Written by , Posted in hotwheels

Salam.

Okay sebelum aku pergi lebih jauh (konon) dengan model-model kereta Hot Wheels, ada baik nya aku bagi pengenalan dulu tentang Hot Wheels ni. Kena lah bagi PENGENALAN dulu bukan? Kalau aku direct terus share tentang koleksi @ collection kereta Hot Wheels¬†macam tak berapa kena pula. Ahaks ūüėČ

Apa itu Hot Wheels?

Hot Wheels is a brand of 1:64, 1:43, 1:18 and 1:50 scale die-cast toy cars introduced by American toy maker Mattel in 1968. It was the primary competitor of Matchbox until 1997 when Mattel bought Tyco Toys, then-owner of Matchbox. Many automobile manufacturers have licensed Hot Wheels to make scale models of their cars, allowing the use of original design blueprints and detailing. Although Hot Wheels were originally intended for children and young adults, they have become popular with adult collectors, for whom limited edition models are now made available.

Sumber: Hot Wheels Wikipedia

Itu adalah sedikit pengenalan serba ringkas. Untuk penerangan daripada aku sendiri, Hot Wheels ni adalah di sebuah mainan¬†diecast yang di keluarkan oleh Mattel¬†dalam category kenderaan lah. Ya, kenderaan. Kebiasaanya korang akan perasan bila lihat Hot Wheels yang di dalam pasaran, pasaraya, supermarket atau istilah yang collector panggil peg’s, kebanyakkan nya ianya mainan berbentuk kereta. Atau bahasa yang mudah, kereta mainan.

Kenapa Hot Wheels?
Agak susah untuk ceritakan secara details mahupun nak gubah ayat yang ala-ala profesional lagi terlatih. Aku ceritakan bahasa yang mudah faham ya! (harap-harap lah). Ya sejak dari kecil lagi (time sekolah) aku sudah didedahkan dengan mainan. Dan MAINAN PERTAMA yang aku kenal dan kolek ada kereta mainan. Yup, kereta mainan pertama yang aku kenal ialah jenama Hot Wheels. Masa itu Ayah aku yang belikan dan confirm la aku belum tahu lagi serba sedikit  tentang Hot Wheels. Dan cerita itu terhenti sampai situ seketika. Maklumlah time sekolah. Faham sahaja lah bukan boleh selalu minta tolong belikan Hot Wheels. Kah!

Sampai lah 4-5 tahun yang lepas seingat aku jika tidak silap. Aku ada perasan kawan yang aku kenal masa zaman-zaman pegi gig. Beliau ada post tentang hobby baru dia. Kira show off collection ¬†beliau di facebook. Terus aku teringat masa zaman sekolah di mana aku ada collect mainan jenama Hot Wheels ni. Ketika itu¬†kebetulan aku tengah ada “RUANG KOSONG” untuk mencari idea baru dalam penulisan blog dan sesuatu yang boleh nampak hasilnya untuk masa akan datang ada baiknya aku MULA collect kembali. Jadi aku memilih untuk Hot Wheels Collector hingga kini.

Untuk tahun PERTAMA dan KEDUA¬†memang tercari-cari juga la rujukan untuk aku collect. Kira segan bertanya sesat jalan. Ya betul, kalau korang “silap langkah” dalam collecting hot wheels memang jadi silap lah! Atau ayat yang senang faham MENYESAL. Aku bernasib baik sebab tahu serba sedikit untuk membuat research dalam dunia collecting Hot Wheels. Ternyata bukan setakat beberapa orang sahaja¬†yang collect. Hampir SATU DUNIA atau SEMUA NEGARA memang ada Hot Wheels Collector dan Community nya. Kira kau tidak keseorangan. Syukur juga aku dapat berguru dengan cikgu-cikgu Hot Wheels. Yup, memang ada cikgu Hot Wheels. Sebahagian collector memanggil cikgu Hot Wheels ini Idola atau Lejen @ Legend. Tapi itu hanya sekadar panggilan saja dan tiada istilah serius sangat dan beremosi dalam collecting / kumpul Hot Wheels. Bagi aku sama ada kau hilang stress collect Hot Wheels atau Kau strees collect. Itu pilihan yang korang¬†ada.

Berapa banyak jenis dan series Hot Wheels?
Kalau dah tahun 60-an Hot Wheels di produce kan, korang rasa sampai sekarang ni dah berapa banyak jenis kereta mainan yang ada? Aku pun belum mahir lagi atau senang kata nak collect sampai tahap macam tu haha! Untuk waktu ini yang aku tahu dari beberapa tahun lepas, Hot Wheels memang ada pelbagai series. Kebiasaan yang korang nampak di peg’s dengan harg RM7.90 (harga sebelum ini RM7.50) itu adalah category mainline. Dan series yang aku tahu antaranya Red Line Club Exclusive, Convention, Retro Entertainment, Pop Culture, Redline, Real Riders, Cool Classic, The Hot Ones dan paling latest ketika ini adalah series Car Culture. Tapi memang banyak lagi lah! Belum cerita yang ada variations, unrivet, custom dan pelbagai jenis lagi~~~

Aku pula collect kereta Hot Wheels yang mana?
Okay untuk collection Hot Wheels aku, korang memang kena tunggu untuk entry seterusnya ya! Lepak aku nak share semuanya dalam satu entry post

Itu sahaja serba sedikit pengenalan Hot Wheels dari sudut perspective aku. Kalau ada yang nak sharing tentang hot wheels dari sudut pandangan korang boleh leave comment di ruangan bawah ini. Atau nak share entry post aku ini di media social boleh sahaja. Tiada Masalah dan berikan sedikit kredit untuk aku ya!

Sekian. Terima Kaseh untuk kali ini ūüėÄ

Writer / CEO / Hot Wheels Collectors

Seorang Collector / Pengumpul Kereta Mainan jenama Hot Wheels. Adakalanya Matcbox. Dan kadang-kadang Tomica serta segalanya brand yang ada.

Menulis dan review segala apa tentang diecast koleksi beliau. Serta berkongsi cerita 1001 malam tentang scene diecast di Malaysia mahupun seluruh negara.

(Visited 462 times, 1 visits today)

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge